KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0- 9 JULAI 2011 -SIAPAKAH TUAH SEBENAR??? JEBAT PULA ???

Assalamualaikum

pergh..kemarin walaupun aku tak duduk kat KL tapi Aloq Staq pon terkena tempiasnya sekali. Semua orang sibuk duk bercerita pasai Perhimpunan ini ja. ok aku selitkan sekali video kemarin k



apa yang ampa nampak??? bagi aku, pak cik bomba tu stail la...hakhakhak dialoq tu ja yang dia guna..kehkehkeh....abg2 polis plak hanya menjalankan tugas mereka..(bai kalo ampa keja polis dapat arahan camtu ampa kena wat jugak la)

kerajaan??? napa x bagi ja apa yang depa nak?? kemahuan depa itu bukan pelik sangat. kot la nak bom negara malaysia kat tangan depa ka..apa ka??bai...kadang-kadang kita perlukan orang untuk memberitahu kelemahan kita. Nobody perfect.. terima sahaja kerana itu kebaikan untuk semua jugak.. melainkan memang ampa bersalah  ^_^

bersih?? ish awat la sampai nak kena wat perhimpunan ramai2 motif aku pon x tau... kalau dengan berhimpun beramai-ramai boleh selesaikan masalah tak apa la jugak.. kalo dalam berasak tu ada yang cirit birit dan terberak tengah jalan.. memang ampa pakat jijak sorang sikit la.

patriot??? time ni la ampa nak tunjuk hero pon...tak ada penyelesaian pon aku tengok..melainkan dapat baju free sebab aku tengok mat saleh pon pakai baju tu jugak

moral dari kejadian kemarin melalui pandangan mata aku, jangan jadi buah pencatur, yang mengikut sahaja apa yang pencatur letakkan kita kat mana-mana..cuba berfikir buruk dan baiknya sesuatu itu. Kerajaan hanya mempertahankan apa yang depa rasa betoi, Pembangkang juga mempertahankan pendirian mereka yang depa turut anggap betoi dan yang terpaksa menerima tempias adalah Rakyat biasa cam aku ni... nak p mana-mana susah..jalan jem dan roadblock merata ceruk.

kepada yang berlagak seperti tuah dan jebat, pikir-pikirkan lah....dalam sejarah hikayat lama, bukan watak ampa sahaja yang ada di dalam cerita itu. cuba berbincang secara elok...memang ampa akan glamer sepanjang zaman.. tapi apa faedah yang ampa dapat melainkan pembesar yang jahat yang beroleh keuntungan dan bertepuk tangan melihat saudara yang dahulu baik sekarang berhunus keris dan senjata (ceh ni kiasan sahaja tau)

p/s: 1: kalo ramai-ramai kemarin p solat jemaah beramai-ramai saheh masjid di kl tu penuhkan :) walaupun aku dengar laungan takbir kemarin
      2: kata perhimpunan bersih, tetapi jeritan reformasi yang kedengaran
      3: kemarin penjenayah boleh buat apa saja sebab abg2 polis bz
      4: paling syok dapat tahu kalo yang kena tangkap diletakkan kat satu tempat yang disediakan tempat      solat, ada pemeriksaan kesihatan serta diberi makan yang sedap
      5: cuba lain kali berarak menuju ke Putrajaya pulak ^_^

k bye

1 comment:

Daddylicious said...

bukan elok sangat berdemo ni penat ...terkejar ke sana sini...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...