Assalamualaikum
alhamdullilah...aku sekali lagi diuji oleh Allah...tanggal 25 julai 2011..kereta aku hilang dari tempat aku parking..(depan umah bawah pokok)..
sebelum ini kereta aku memang menguji kesabaran aku..bermula dari awal april 2011 tayar kereta problem...21 april 2011 kena saman ngn polis..5 jun 2011 aku xcident kereta pecah depan n belakang.. 7 julai 2011 tangki kereta bocor.. 16 julai 2011 bumper depan pecah terlanggar tiang dan 25 julai kereta aku dicuri..
aku tidak akan mengeluh kepada Mu sesungguhnya semua yang terjadi telah Kau aturkan yang terbaik untuk diriku.. aku tahu Kau takkan menduga hambamu melebihi kemampuan seseorang itu. dan alhamdullillah aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk aku hadapi dugaan ini. aku tahu bila Allah memilih untuk mengujiku itu adalah untuk membuat aku bermuhasabah tentang diriku..tentang salah dan silapku..tentang kekhilafan aku.. sesungguhnya aku bukanlah sempurna.. masih ada cacat dan celanya. bukan semua orang dapat melalui dugaan ini.. tapi alhamdullilah..aku bersyukur kerana aku masih mempunyai akal yang waras, masih tahu mana halal dan haramnya..
apabila kereta aku hilang baru aku sedar ramai yang menyayangi diriku ini.. kawan-kawan pejabat yang bersusah payah membantu aku membuat laporan polis dan menenangkan ku..(kak fiza, adi, kak hanim, cik ad dan yang lain-lain..terima kasih sangat2). family yang jauh di kampung terus datang untuk bersama-sama dengan aku..hahahahah..padahal aku tetap bekerja dan tidak bercuti.. kawan-kawan di fb yang terus menerus menolong aku dengan menyebarkan di wall masing2..yang tak putus msg dan memcari bomoh untuk aku.. sesungguhnya jasa ampa semua memang tidak dapat aku balasnya. tidak lupa kepada ENCIK GUMUK yang sentiasa ada memberi sokongan dan semangat untuk aku hadapi dugaan inii.
bila jadi perkara macam ini baru aku sedar. tak semua orang mempunyai nasib yang baik macam aku..dikelilingi oleh orang-orang yang baik-baik dan yang amat sayangkan aku.. buat apa miliki harta yang banyak kalau tidak disukai oleh orang. tidak ramai yang memiliki kawan-kawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain.. ramai yang kata kawan masa ketawa memang senang dicari dan ramai..tapi kawan untuk menangis hanya kita seorang diri.. sesungguhnya dengan tegas aku boleh berkata (bukan riak atau bongkak) tapi aku berani mengatakan bahawa aku memiliki kawan-kawan serta keluarga yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama aku.. dan peribahasa lama itu bukan miliki ku.
untuk pencuri kereta ku..bertaubatlah..sampai bila ampa nak susahkan orang lain..jangan susahkan orang demi kepentingan ampa..takkan selamanya ampa leh kaya dengan buat kerja seperti tu..buat apa duet banyak kalau ampa hidop dalam ketakutan..tak baik tau..ish3...
sekiranya kereta itu rezeki aku..insyallah..dia akan kembali kepada ku..usaha-usaha dah..aku malas nak pikr yang membuat aku serabut..bagi yang heran napa aku kuat sangat dan tidak menangis dan meratap nasib..thah..aku pon heran napa aku mempunyai kekuatan yang begitu kuat macam ni..cuma bagi aku kalo aku menagis airmata darah sekali pon..kereta aku takkan terbang balik kepada aku..pencuri itu takkan keciankan aku..hahahah..idop perlu diteruskan kan ^_^
k bye
p/s:dok ngah pikir nak beli moto ni ^_______^
2 comments:
Ya ALLAH..., dugaan jugak tu...bagus la kuat..
takziah k, doa2 la dapat jumpa balik
thz ujang :)
Post a Comment