KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Friday, September 9, 2011

SITAI KAMERA & BAPAK

Assalamualaikum...

petang-petang yang hening menanti family aku mai baling untuk ambik aku pulang ke aloq staq aku terjumpa satu page ni...SAIFUL NANG. merupakan seorang jurugambar yang meminati kerjaya fotografi dan mahu memartabatkan fotografi. Seorang anak petani miskin yang bercita-cita besar untuk menjadikan fotografi satu kerjaya yang terhormat setaraf dengan profession yang lain.

Apa yang aku nak kongsikan bersama adalah sebuah video yang telah membuatkan aku teriak.. meleleh ayaq mata aku lepas tengok video tersebut.. cakap banyak tak mau..mai layan 




di copy dari CS FILM


SITAI adalah satu nama watak yang membawa pelbagai perlambangan tentang jatidiri dan juga kekeluargaan. Satu watak yang dicipta dan dilakonkan dengan mengambil kira cerita adaptasi sebenar yang berlaku dan pernah berlaku dari individu-individu yang kami kenali. Ini merupakan filem pendek kedua kami selepas "Surat Seorang Ibu" yang membawa mesej kekeluargaan. Surat Seorang Ibu telahpun ditonton diseluruh dunia. Terkini telahpun ditayangkan sebagai satu titipan moral di West Michigan University, USA.

Uniknya tentang siri Sitai yang bermula dengan klip ini ialah ia dilakonkan 100% menggunakan pelakon tidak professional. Adik Wan Shohor Bani Haikal ini merupakan salah seorang murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Geliga, Chukai Terengganu. Kami percaya, pengarahan yang baik dapat mencungkil keluar bakat baru yang terpendam. Begitu juga dengan kos produksi kami yang sangat rendah melalui sokongan peminat-peminat CandidSyndrome yang menjadi hos kami speanjang pengambaran selama 2 hari di Chukai. Sitai bukan satu individu, tetapi satu ikon watak yang akan kami ulangpakai dengan cerita lain yang dipetik dari pelbagai sumber benar. Kesinambungan cerita Sitai dari isu sulong ini dengan isu kedua nanti hampir tiada ataupun mungkin kami masih mengekalkannya lagi. Saksikan filem pendek terbitan CandidSyndrome ini, karya sulong arahan Omaw Rozduan dan cerita ditulis sendiri oleh Saiful Nang. Saksikannya, dan kongsikannya kepada mereka yang hampir putus asa atau merancang untuk berputus asa        






ampa teriak dak???dak???beku tol perasaan ampa ni aih...

k bye



Thursday, September 8, 2011

BAJU RAYA KAMI WARNA BIJI REMIA

Assalamualaikum...

lama biarkan blog bersarang...maafkan aku..
tak tahu pasai apa aku langsung tak ada idea..demm... =_="
ni pon aku tak tahu nak taip apa...
ok la nak bagi tahu baju raya tahun ni kaler biji remia..

ampa tau tak biji remia tu kaler apa???kalo orang utagha mesti tau punya
ni ha
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
teka mana yang biji remia




biji remia = purple





selamat hari raya maaf zahir batin ^_^
k bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...