KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Thursday, March 31, 2011

TOLONG JANGAN JADI BODOH DENGAN MENYAMBUT HARI BODOH

Assalamualaikum sume..
wah tajuk pon dah panas..aku tergerak nak buat entri ni sebab esok 1.4.2011 iaitu hari APRIL FOOL (konon2nya nak ikot mat2 saleh la..ops bukan abg salleh yaacob tau..hat tu i like).. bukan apa selalunya ada ja owang2 yang bangang nak sambot hari ni (melayu dan islam semestinya) tp hampa tau  disebalik hari yang ampa pulon nak sambot2 tu..ok..meh aku copy paste dari link ni


Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. 

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.




sekarang??dah baca??nak sambot jugak???

p/s:JANGAN JADI BODOH TAU....KATAKAN TIDAK UNTUK APRIL FOOL




Wednesday, March 30, 2011

VIDEO YANG TIDAK BOLEH DITONTONI!!! AMARAN

Assalamualaikum

cik ayu ada benda nak kongsi pasai satu link iaitu sinarfm
ada sapa2 pnah tgk x??selalunya kita hanya mendengar lagu-lagu merapu di dalam radio saja..tapi kali ini dalam versi video pulak...mmg terbaik dari ladang la depa ni..kalo aku drive balik dri kg pagi2..puak-puak ni la yang akan temankan aku..(wah...puak tu...cam geng jahat ja)hakhakhakhak..ckp byk pon x guna..kat cini aku kongsikan beberapa video yang mmg osem gila2..hahahahah..enjoy





                                                         versi kalo berpacaran



                                                          versi burung kenari






bestkan????k la bye ^_____^

p/s:anda yang lain bleh tgk koleksi lagu2 merapu di link ini k...to SY,KE, dan Kril ampa mmg terbaekkkkkkk

DITAMPAR BAPA SEBAB NAK PAKAI TUDUNG.. P/S:SALAHKAH????

Asslamualaikum eberibodi...
ni adalah cerita lama..yg aku bawu nak wat entri..baca naaaaa..plz..sedih tau







Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.


camni kot agaknya beliau 


plz jangan marah aku....xkan gamak nak marah aku ni..tgk muka comey aku ^_^..    x gamak kan 
p/s:x tau la muka sapa ni..aku search dlm pak cik google ja..plz jgn saman aku naaaaaa

Thursday, March 24, 2011

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

asslamualaikum...


arini keja cik ayu kena p ceramah kat sekolah..ok tipu ja..yang ceramah kak hanim..aku tolong buat kuiz untuk budak2 sk batu pekaka...tp nebes pretty ugly gak ooo..berhadapan dengan budak2 sekolah pegang mic(walaupun kaki karaoke) tanya soalan...cekgu2 dok usha..perghhh...aku terpaksa control ayu..hahahhahaha...


ok back to the setori...n the taitel(ok x aku eja camtu)hakhakhak...ciri2 bagi seorang suami yang baik (untuk aku  la tu..malu3) adalah




1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

sejuknya hati aku kalo dapat macam ni...tp aku selalu pegang satu perkara.."lelaki baik selalunya akan mendapat wanita yang baik2 juga"..hem..aku kategori mana erk...hahahahahha..
kredit untuk akuislam.com yang mempunyai pelbagai nasihat dan pandangan yang bagus...dan aku dapat berkongsi disini..
p/s:jika anda wanita..carilah suami yang mempunyai sifat2 tersebut dan jika anda lelaki , jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat2 berikut.






Monday, March 21, 2011

30 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK HILANGKAN NGANTUK DALAM KELAS

Assalamualaikum sume ^_^

kali ni aku nak bagi tips untuk student2 yang mengantuk masa kat kelas..bohong la ampa suma kalo x pnah ngntuk..xkn aku ja suka tdo dalam kelas???? =__="
plz...mai la geng sekali..hahahaha..paksa2..
ok tips ni aku dpt dr mmbr fb aku..ok ni link dia..so aku rasa ampa HARUSSSS mencubanya..nmpk x cara aku caplock kan perkataan tersebut..hahahhaah

ok..mula

1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...   
2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain...   
3. Skodeng amoi-amoi yang cun... Kalau takde, skodeng diri sendiri je...    
4. Cabut bulu kaki banyak-banyak pastu kira jumlahnya...   
5. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill...    
6. Hidu gam...   
7. Kalau lecturer tanya ada soalan ke tak, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...   
8. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab je nampak kuman kat atas meja...    
9. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris...   
10. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...   
11. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...   
12. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard...    
13. Lari keliling kuliah sambil bukak baju dan sangkut selipar kat tangan...    
14. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...    
15. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...   
16. Geledah beg budak-budak pompuan dan curik pad mereka...    
17. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...   
18. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali...    
19. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan...    
20. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer....
21. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat...    
22. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...   
23. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah...    
24. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...  
25. Jual popcorn dalam kelas...   
26. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali...    
27. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer...    
28. Pergi kuliah pakai towel je... Bawak syampu sekali...    
29. Edarkan poster Dr. Rozmey dalam kuliah...  
30. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah...   


dah tgk???hahahah aku paling x leh blah...hat no 29..nmpak sgt yg create tips ni x suka kat DDR kita..hahahha..sabo je la...

apa2 pon aku sgt rindukan zaman aku study dulu..seyes..rindu sgt2 ngn kwn2 sume..nnti ada masa aku wat entry pasai stdy plak.. 

ni antara aktiviti ketika mengantuk..bergambar dan bermain..hahahahah




konun2 wat muka comey..hahahah..x leh blah
muahhahah..cayalah..peliz..ini muka saya..seram :p


hampa plak x mau kongsi ka..apa yang ampa wat ketika mengantuk..???

Friday, March 18, 2011

MARI BELAJAR MEMBUAT VIDEO

assalamualaikum sume...(baget ada owg dok baca blog la konun2nya)

aritu kan aku ada wat video untuk encuk gumuk aku..n cam yg aku sangka..dia suka...wah terharunya aku..hahahah..tiba2 jadi gedik sat

pastu ada la owg tya aku camna nak wat video (encik gumuk la tu..konon nak wat kat aku kembali..mcm reti!!) hahahahah..ok kat cni aku nak ajaq k mcm mana nak wat video yg simple

mula-mula
makesurekan ampa ada movie maker naaa 

 kalo x dak movie maker camna nak wat tol x..so buh dulu....kemudian bila kita klik kat situ akan kuar paparan skrin camni..pastu kat tepi tu ada item2..

anda leh pilih samada nak buh pic @ lagu dahulu
cik ayu pilih masukkn pic dulu dgn klik import

anda boleh melihat gambaq2 telah dimasukkan dlm board
p/s:ye sy tau pic encik gumuk saja kan.. T_T

pastu tugas anda tarik gambaq n lepaskan kat story board
smpai abis gambaq2 yg ampa suka tu

buat benda yg sama untuk lagu..mcm kita import pic td..
tp lagu 1 ja k :P

dah abiskan pic?? proses seterusnya
klik kat view video effect
masukkan efect apa yg anda nak..

 video effect ni fungsinya adalah untuk memaparkan gambaq yang kita pilih td akan beralun dengan cantik(sebenaqnya aku x tau ayat yang sesuai..tp kalo ampa try ampa tau kot apa kesannya kan) hehheehe






kemudian kita ambik video transaction plak



mcm video effect td,,video transaction ni fungsinya bagi pic tu kuar ikot acuan yg kita nak la..mcm bentuk diamond ka..love ka..bow ka..ikot pilihan yg kita nak tu la...buat mcm effect td gak..wat sampai abis...


nak tulih-tulih ambik hat ni

ok..kat pic kita ni jugak..kita leh tulis ayat2 jiwang yang membuatkan owg yang membacanya muntah..hakhakhak..pilih ja..dia ada banyak jenis..samada nak tulis kat pic tu ka..kat awai2 masa kita nak wat video ka...last sekali ka..ikot la


contoh yang aku tulis

ok kat cni aku ambik yg mula2..maksudnya nak ada ayat sebelum pic2 ni kuar..kita leh ja ambik byk2 ikot kerajinan masing2..kalo anda rajin wat ja setiap pic tu :) masa kat situ juga ampa leh edit nak buh tulisan jenis apa..warna apa..style mcam mana..kuar kot atas ka..kuaq kot bwh ka..nak pusing2 ka..ikot la

hasil kita tulis td


nmpk x yg aku tulis contoh td tu dah ada kat situ dah..kat mula2 video ni nak ditayangkan...

dah puas ati..leh save


sebelum save ampa nmpk dak ada tingkap comey hat video tu..ampa play la.tgk story board ampa tu ok x ngn lagu ampa..sama dak..ampa ejas la sampai puas ati...

savekan nama video ni

next,next.hahahah..teringat mmbr aku..
ckup suka kalo tang next2 ni

biarkan dia save..jangan kacau

last

bila klik finish, maka siap lah video ampa td tu..senang kan..so x mau blajar ka???
ok ni contoh video yg aku wat untuk encik gumuk aritu..malu3












kesimpulannya..

1)pastikan ada movie marker
2)ada gambaq2
3)lagu yang kita nak

p/s:leh ja buat video ni sebagai hadiah..burn dalam cd..bg..kompem kwn tu suka..x yah penin2 dok pkir nak bg adiah apa..senang kan.."SELAMAT MENCUBA" ^____^
dan lagi 


Monday, March 14, 2011

ANDAILAH LELAKI TAHU.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..^_^
wah..tgk cara aku bg salam pon leh bayangkan aku ngah happy..
ok salah!
yg sebenarnya aku ngah sakit kepala..3 ari dah...
last sekali kemarin aku aku x tahan n terpaksa p ambik ubat gak..huhuhu...cian kan kat aku
hahahha...
okies..sudah2 la..nanti entry lain aku wat
 ni nak cita pasai something...yg aku nak share...aku jmpa dlm note sowg kwn dlm fb


ANDAI LELAKI TAHU


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


hahahha..jiwangkan ayat2 dia..tp aku suka...kehkehkeh..
untuk encik gumuk sy harap awk paham tau..kalo x pham pon cuba phamkan jugak..hahahahah

love awk sgt2.... 
ni cinta kita tau :P


k la x mau tulih2 dah..nanti2 plak la aku rajin..daaaaaaaaaaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...