There was an error in this gadget

KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Friday, January 13, 2012

BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI-PANTANG LARANG ORANG TUA

Assalamualaikum

Jumaat 13hb aku berada di kampung..ya di Alor Setar..ngehngehngeh

pernah dengar orang tua-tua menegur bila kita buat sesuatu yang pada fikiran mereka adalah salah???
jom tengok

DEPA KATA ANAK DARA TIDAK BOLEH MAKAN KERAK NASI
KATANYA AKAN MENDAPAT PENYAKIT MALAS
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
KERAK NASI TU SEDAP, DEPA BIMBANG ANAK DARA TU MAKAN ABIS

DEPA KATA JANGAN MENYANYI KAT DAPUR
KATANYA NANTI KAHWIN DENGAN ORANG TUA
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAKOT MASAKKAN JADI HANGUS SEBAB TERLAMPAU FEELING MENYANYI

DEPA KATA JANGAN BUKA PAYUNG DALAM RUMAH
KATAYA KILAT AKAN MENYAMBAR
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
BILA PAYUNG KEMBANG, RUANG AKAN JADI SEMPIT DAN SUSAH NAK BERJALAN

DEPA KATA MALAM2 TAK BOELH BERSIUL
NANTI ULAR MASUK DALAM EUMAH
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
MALAMKAN WAKTU SUNYI TAK MAHU GANGGU JIRAN SEKELILING

DEPA KATA WAKTU MAKAN JANGAN PINDAH-PINDAH
NANTI AKAN KAHWIN BANYAK
TAPI BUKAN  BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAK MAHU MAKANAN TUMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT

DEPA KATA SEBELUM TIDUR KENA BASUH KAKI
TAKOT NANTI AKAN MENGINGAU MALAM
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAK MAHU KAKI KOTOR BAWA KUMAN DAN KOTORKAN KATIL

DEPA KATA JANGAN DUDUK ATAS BANTAL
TAKOT PUNGGUNG JADI BISUL
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
BIMBANG BANTAL AKAN PECAH DAN KEKABU TERKELUAR

DEPA KATA BILA MAKAN PINGGAN JANGAN TATANG
TAKOT JADI HAMBA SUAMI
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAKOT PINGGAN PECAH KERANA TANGAN TAK BOLEH SEIMBANGKAN

DEPA KATA JANGAN POTONG KUKU WAKTU MALAM
KATANYA KUKU AKAN MATI DAN TAKKAN TUMBUH
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
RISAU KULIT TERLUKA SEBAB WAKTU MALAM GELAP

KEPADA ORANG-ORANG TERDAHULU
NAMPAK AKU MACAM SUKA MEMBANTAH
BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI 
AKU INGIN BETULKAN MINDA GENERASI SEKARANG

AKU TAHU KATA-KATA MU BERLANDAS TRADISI
TERSISIP SEBAB DAN MUNASABAB YANG UNIK
BUKAN NIAT NAK CABAR KESABARANMU
NAMUN SEGALA KATA-KATAMU KU AKUI ADA KEBENARAN TERSEMBUNYI


k bye
p/s: ada tak antara di atas pernah terjadi kat hampa :)
motif entri ni aku dah kena tegur la tu..hahahhhaah

Friday, January 6, 2012

MARI BERDAKWAH- PEMINAT K-POP JANGAN MARAH

Assalamualaikum...

entri pertama tahun 2012... Selamat tahun baru ya (ok aku lambat wish 6 ari kan)
 Apa azam hampa semua?? ingat ya..jangan berazam sahaja...pastikan ampa berusaha untuk mencapai azam tersebut...

tak ada apa pon..sekadar aku nak berkongsi satu video ini... amaran awai...peminat k-pop jangan serang aku...







tidak salah kan...niat mereka tetap  untuk mengajak ke arah kebaikan....

k bye

Tuesday, December 13, 2011

MASIH ADA YANG BAIK HATI DI DUNIA INI.. KISAH SEORANG YANG MEMAYUNGI MU

Assalamualaikum

Ingatkah kita pada tragedi seorang budak perempuan yang dilanggar dan tidak di pedulikan orang lalu lalang di China???

sekarang aku nak share sesuatu yang berbeza


apa yang ampa leh katakan tentang gambaq pertama ini??? yap kelihatan seorang pengemis cacat yang berada di tengah jalan kebasahan di dalam hujan.. dan kelihatan beberapa orang turut berada di tempat kejadian.


gambaq ke dua, kelihatan seorang perempuan muda datang sambil membawa  payung... sekarang kita tengok apa yang terjadi.

























perasan tak ada seorang yang berdiri sambil tersenyum dan menangkap gambar









rela walaupun diri sendiri basah


















ramai lagi yang berpayung








aku rasa dia menangis












fakta, berapa ramai di luar sana yang mengaku diri itu baik tapi berapa yang sanggup lakukan perkara yang baik ini??? berapa ramai yang sanggup basahkan dirinya demi melindungi insan yang kita tak kenal tapi menolong atas dasar kemanusiaan??? ok lah aku touching petang ni..bye

sumber dari sini
p/s:oh ya header aku dah bertukar..terima kasih ayeem ayam 

Sunday, December 11, 2011

FAKTA AKU DAN ENCIK GUMUK

Assalamualaikum

entri pertama di bulan disember...

ok aku tau tajuk agak pelik .. saja aku nak share

1. setahun yang lepas aku langsung tak suka dia (ok dia yang ayat aku naaa)
2. dia 5 tahun lebih tua dari aku (dia 30 tahun..kehkehkeh)
3. merupakan senior sekolah yang aku tak sempat jumpa (aku darjah enam dia tingkatan 5.. erk leh kira senior x tu)
4. kami bertunang selepas 10 bulan bercinta (satnya hat ni)
5. sampai la ni aku masih ingat-ingat lupa no tepon dia..( hahahha aku bab2 nombor tepon memang lemah)

hahahah k bye

p/s: semalam aku p tengok ombak rindu..dapat seat depan..hentam ja la.... dan ENCIK GUMUK agak touching...hahahhahaha



untuk kamu- ost ombak rindu


Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...


Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....


lagu ini sedap dan aku tak jemu-jemu dok dengar






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...