KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Saturday, June 25, 2011

KENANGAN WAKTU MUDA-MUDA DULU~3 SECOND

Assalamualaikum...

Tiba-tiba malam ini teringat kenangan aku waktu study kat POLITEKNIK PERLIS  yang mana sekarang ini dah ditukarkan kepada POLITEKNIK TUNKU SYED SIRAJJUDIN. Pada yang batch Julai 2004-julai 2006 mesti ingat kan.. kita perintis masa tu..kehkehkehkeh

Masa tu lepak kat bawah sampai tengah-tengah malam tak ada masalah pon sebab kita ja yang ada. Warden pon x kacau.. pendek kata tak ada masalah la... masing-masing pandai jaga diri kan.

ok berbalik pada tajuk entry aku ni.aku hanya nak skopkan kepada satu tajuk ja..tak mau merapu ke mana hala.. sapakah seangkatan seusia aku yang tahu tentnag CALL  3 SECOND??? Budak-budak sekarang mesti tak tahu kan.. apa itu CALL 3 SECOND.

CALL 3 SECOND itu adalah kita menelefon orang lain tanpa melebihi 3 saaat..dan letak..sebab masa tu kredit tak akan dipotong lagi jika tidak melebihi 3 saat. sempoikan??? (muka riak)

contoh perbualan budak-budak masa tu

orang 1 : hai wat pa
orang 2 : ngah makan nasi
orang 1 : ganggu ka
orang 2 : x la..
orang 1 : rindu la
orang 2 : rindu awak juga

macam tu la perbualan yang berlangsung.. takkan aku nak tulis sampai semua kot kan..amatlah disensetkan..hak peribadi masing2.. terpulang kepada pertanyaan yang nak di ajukan.. pendek kata pada masa tu memang kredit jimat sangat2.. ya la ampa pon.time tuu kredit mada ada cam la ni rm3..rm5..masa tu yang paling murah pon rm30..ngt aku kaya nak topup selalu..kredit pon family taja tau

aku ingat lagi time tu  aku mula berjinak-jinak menjadi gatai..kehkehkeh dengan sorang mamat yang direkemen oleh member aku..punya syok main 3 second sampai masuk dalam locker x mau di ganggu. tapi sampai ke hari ini aku tak pernah jumpa ngan mamat tu..malu la..aku tak segak..tembun dan montel pula..segan aih  =_="

memang menjadi-jadi kat hostel dulu..yang student popuan men 3 second ngan student laki. kira bercinta time tu memang jimat sangat-sangat.. jangan pelik..men 3 second tu kadang-kadang berlarutan sampai kul 3 pagi tau. ya la..sepatah-sepatah.. bila nak habis..hahahahahahahah

k la aku malas nak mengenang kisah-kisah lama..nanti aku rindu zaman aku study dulu.. dan untuk pengetahuan hampa ramai kawan-kawan aku dah kawen..aku gak tak laku-laku lagi..hahahah..

masa ni dalam lab kelas keusahawanan.. yang mana satu aku??
mesti la yang skema itu kan


lupa nak bagitau..esok pagi aku kena jadi pengacara majlis..takot la wei..tapi jangan risau baju baru dan shawl baru telah siap di iron. kehkehkeh ( cis itu yang dipentingkan ye ayu..ish3)..

k bye

p/s: aku rindu la kat hampa semua..bila kita nak berjumpa lagi..tapi nak jumpa tunggu aku kuruih sikit naa..hahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...