entri ini sepenuhnya aku copy dari sini. Aku tahu aku salah sebab juz copy tanpa menukarkan apa2.. aku wat bersebab ini adalah kerana ini adalah hasilnya...aku hanya nak berkongsi sahaja.. betapa gadis ini mempunyai semangat yang tinggi. thz untuk http://uptomu.net sebab banyak entrinya2 lain dari yang lain...
Setiap pekerjaan apapun jenisnya,selagi tidak merugikan orang lain,patut dibanggakan.tidak terkecuali menjadi maskot yang dilakonkan oleh gadis cina yang comel ini.meskipun tidak ada yang salah dengan dengan pekerjaan gadis comel tersebut,namun orang-orang tetap hiba melihatnya.gambar-gambar gadis maskot dibawah telah tersebar di forum-forum di cina dan telah menjadi perbincangan yang hangat.pengirim mengaku sebagai photographer professional,yang mengabadikan kegiatan gadis maskot comel ini secara diam-diam saat berlangsungnya Guangzhou Auto Show.
Tidak lah disebut siapa nama gadis ini,namun photographer tersebut hanya mengatakan dirinya merasa tersentuh dengan gadis maskot itu yang bekerja selama enam jam.Dengan beban berat di kepalanya dan dibalut dengan baju tebal yang panas.Gadis maskot ini pula harus melayan permintaan bergambar bersama setiap orang.keadaan itu berbeza dengan para model cantik bertubuh seksi dan tinggi semampai yang dibayar mahal untuk pose bersama kereta-kereta terbaru.
“Awalnya saya mengira orang di sebalik maskot tersebut adalah seorang lelaki”,kata photographer dalam tulisannya di forum.”saya telah mengambil ratusan gambar gadis dalam pameran tersebut.namun sampainya saya di rumah,ketika ingin memilih hasil gambar,saya terhenti pada gambar gadis ini,sekarang saya ingin berbagi gambar gadis tersebut dengan anda”,”meskipun gadis itu tidak mengetahuinya,namun saya fikir kita layak melihatnya……”.lanjut kata photographer tersebut di forum.jadi mari kita saksikan gambar gadis maskot yang comel tersebut.
Saya sangka orang di sebalik topeng maskot ‘kereta’ tersebut adalah seorang lelaki,
tanpa sengaja saya melihatnya membuka topeng kerana kepanasan,rupanya dia adalah seorang gadis yang comel,
saya hanya berjarak 10 meter darinya,dia sebenarnya bertiga,namun 2 orang kawannya yang lain sedang bertugas.dia sedang berehat beberapa minit di sebalik pintu gerbang.
Dia mulai memakai kembali pakaian maskotnya dan bersiap kembali bekerja setelah rehat beberapa minit untuk mendinginkan tubuhnya.
Dia sedang mengangkat ‘kereta’ topeng maskot untuk dipakai di kepalanya,
Dia bergerak mencari perhatian pengunjung,saya mengekorinya secara diam-diam.nampaknya ramai yang tidak tahu kalau di sebalik topeng maskot itu terdapat wajah gadis muda.
Mereka menghiburkan ramai orang,mereka memilih pakaian yang sopan dibandingkan gadis-gadis model di Auto Show.
Dia melayan pengunjung yang ingin bergambar bersamanya,mungkin pengunjung ingin berkongsi gambar tersebut di twitter ataupun di facebook.
saya agak marah dengan pemuda yang memutar topeng maskot yang besar itu.
Maskot lain dalam bentuk sang pari-pari melintas,saya rasa gadis ini lebih beruntung kerana wajahnya tidak tersembunyi di sebalik topeng maskot yang besar.
Gadis maskot kembali melepaskan penat lelah untuk beberapa minit.
Dia kelihatan basah kuyup kerana peluh,tapi udara segar mungkin akan mengembalikan tenaganya,
saya fikir dia adalah seorang mahasiswa,tapi saya tidak berani bertanya kepadanya,kerana saya rasa sedang melanggar undang-undang privasi seseorang.
Beberapa photographer professional meminta izin untuk mengambil gambar wajahnya,namun gadis maskot tersebut menolak dengan sopan.
Kembali bekerja setelah berehat beberapa minit,mencari perhatian pengunjung yang datang.
Dia kembali ke tempat pameran.Dia melihat model yang tengah berpose bersama kereta yang baru.mungkinkah ada perasaan iri di hatinya……….?.
Dia kembali melayan para pengunjung,tak kira tua atau muda,besar atau kecil,lelaki atau perempuan,semuanya dilayan tanpa terkecuali.
setelah sejam mengekorinya,saya nampak dia kelelahan yang amat sangat.
Berehat di balik pintu gerbang,melepaskan penat sambil membuka baju luarnya.
Dia kelihatan penat,saya memandang gadis tersebut dengan pandangan yang amat sayu.
Di saat matahari terbenam,dia melihat kerumunan orang ramai dari sebuah sudut yang sepi………..
Menyapa pakcik tukang sapu bersama senyuman dengan dua lesung pipi yang besar…………
Seorang gadis model melintas di hadapannya,saya melihat ada kerinduan di gadis maskot tersebut untuk menjadi Cinderella.
Sebuah pemandangan kontras antara gaya hidup dan keterpaksaan berjuang dalam hidup,keduanya berada dalam realiti.
Mengelap peluh atau mengelap air mata……?,inilah kerja keras seorang gadis yang patut menjadi inspirasi bagi kita.
SALAM RAMADHAN SEMUA
k bye
k bye
4 comments:
terharu.. seyes
comel lak tu
hurm..terigt zaman susah2 dulu
aku suka part popuan tu tgk gadis yg lalu tu..comey sgt
Post a Comment