There was an error in this gadget

KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Monday, August 1, 2011

GADIS MASKOT COMEY YANG MENYENTUH HATI

Assalamualaikum.
entri ini sepenuhnya aku copy dari sini. Aku tahu aku salah sebab juz copy tanpa menukarkan apa2.. aku wat bersebab ini adalah kerana ini adalah hasilnya...aku hanya nak berkongsi sahaja.. betapa gadis ini mempunyai semangat yang tinggi. thz untuk http://uptomu.net sebab banyak entrinya2 lain dari yang lain...


Setiap pekerjaan apapun jenisnya,selagi tidak merugikan orang lain,patut dibanggakan.tidak terkecuali menjadi maskot yang dilakonkan oleh gadis cina yang comel ini.meskipun tidak ada yang salah dengan dengan pekerjaan gadis comel tersebut,namun orang-orang tetap hiba melihatnya.gambar-gambar gadis maskot dibawah telah tersebar di forum-forum di cina dan telah menjadi perbincangan yang hangat.pengirim mengaku sebagai photographer professional,yang mengabadikan kegiatan gadis maskot comel ini secara diam-diam saat berlangsungnya Guangzhou Auto Show.
Tidak lah disebut siapa nama gadis ini,namun photographer tersebut hanya mengatakan dirinya merasa tersentuh dengan gadis maskot itu yang bekerja selama enam jam.Dengan beban berat di kepalanya dan dibalut dengan baju tebal yang panas.Gadis maskot ini pula harus melayan permintaan bergambar bersama setiap orang.keadaan itu berbeza dengan para model cantik bertubuh seksi dan tinggi semampai yang dibayar mahal untuk pose bersama kereta-kereta terbaru.
“Awalnya saya mengira orang di sebalik maskot tersebut adalah seorang lelaki”,kata photographer dalam tulisannya di forum.”saya telah mengambil ratusan gambar gadis dalam pameran tersebut.namun sampainya saya di rumah,ketika ingin memilih hasil gambar,saya terhenti pada gambar gadis ini,sekarang saya ingin berbagi gambar gadis tersebut dengan anda”,”meskipun gadis itu tidak mengetahuinya,namun saya fikir kita layak melihatnya……”.lanjut kata photographer tersebut di forum.jadi mari kita saksikan gambar gadis maskot yang comel tersebut.
gadis maskot china 01 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Saya sangka orang di sebalik topeng maskot ‘kereta’ tersebut adalah seorang lelaki,
gadis maskot china 02 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
tanpa sengaja saya melihatnya membuka topeng kerana kepanasan,rupanya dia adalah seorang gadis yang comel,
gadis maskot china 03 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
saya hanya berjarak 10 meter darinya,dia sebenarnya bertiga,namun 2 orang kawannya yang lain sedang bertugas.dia sedang berehat beberapa minit di sebalik pintu gerbang.
gadis maskot china 04 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia mulai memakai kembali pakaian maskotnya dan bersiap kembali bekerja setelah rehat beberapa minit untuk mendinginkan tubuhnya.
gadis maskot china 05 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia sedang mengangkat ‘kereta’ topeng maskot untuk dipakai di kepalanya,
gadis maskot china 06 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia bergerak mencari perhatian pengunjung,saya mengekorinya secara diam-diam.nampaknya ramai yang tidak tahu kalau di sebalik topeng maskot itu terdapat wajah gadis muda.
gadis maskot china 07 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Mereka menghiburkan ramai orang,mereka memilih pakaian yang sopan dibandingkan gadis-gadis model di Auto Show.
gadis maskot china 08 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia melayan pengunjung yang ingin bergambar bersamanya,mungkin pengunjung ingin berkongsi gambar tersebut di twitter ataupun di facebook.
gadis maskot china 09 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
saya agak marah dengan pemuda yang memutar topeng maskot yang besar itu.
gadis maskot china 10 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Maskot lain dalam bentuk sang pari-pari melintas,saya rasa gadis ini lebih beruntung kerana wajahnya tidak tersembunyi di sebalik topeng maskot yang besar.
gadis maskot china 14 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Gadis maskot kembali melepaskan penat lelah untuk beberapa minit.
gadis maskot china 12 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia kelihatan basah kuyup kerana peluh,tapi udara segar mungkin akan mengembalikan tenaganya,
gadis maskot china 13 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
saya fikir dia adalah seorang mahasiswa,tapi saya tidak berani bertanya kepadanya,kerana saya rasa sedang melanggar undang-undang privasi seseorang.
gadis maskot china 15 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Beberapa photographer professional meminta izin untuk mengambil gambar wajahnya,namun gadis maskot tersebut menolak dengan sopan.
gadis maskot china 11 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Kembali bekerja setelah berehat beberapa minit,mencari perhatian pengunjung yang datang.
gadis maskot china 16 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia kembali ke tempat pameran.Dia melihat model yang tengah berpose bersama kereta yang baru.mungkinkah ada perasaan iri di hatinya……….?.
gadis maskot china 17 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia kembali melayan para pengunjung,tak kira tua atau muda,besar atau kecil,lelaki atau perempuan,semuanya dilayan tanpa terkecuali.
gadis maskot china 18 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
setelah sejam mengekorinya,saya nampak dia kelelahan yang amat sangat.
gadis maskot china 19 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Berehat di balik pintu gerbang,melepaskan penat sambil membuka baju luarnya.
gadis maskot china 20 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Dia kelihatan penat,saya memandang gadis tersebut dengan pandangan yang amat sayu.
gadis maskot china 21 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Di saat matahari terbenam,dia melihat kerumunan orang ramai dari sebuah sudut yang sepi………..
gadis maskot china 22 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Menyapa pakcik tukang sapu bersama senyuman dengan dua lesung pipi yang besar…………
gadis maskot china 23 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Seorang gadis model melintas di hadapannya,saya melihat ada kerinduan di gadis maskot tersebut untuk menjadi Cinderella.
gadis maskot china 24 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Sebuah pemandangan kontras antara gaya hidup dan keterpaksaan berjuang dalam hidup,keduanya berada dalam realiti.
gadis maskot china 25 Gadis Maskot Comel Yang Menyentuh Hati
Mengelap peluh atau mengelap air mata……?,inilah kerja keras seorang gadis yang patut menjadi inspirasi bagi kita.



SALAM RAMADHAN SEMUA
k bye

4 comments:

hamzah ian said...

terharu.. seyes

Ayeem Jemain said...

comel lak tu

Ujang9897 said...

hurm..terigt zaman susah2 dulu

CIK AYU ARIFFIN said...

aku suka part popuan tu tgk gadis yg lalu tu..comey sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...