KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Thursday, March 24, 2011

10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK

asslamualaikum...


arini keja cik ayu kena p ceramah kat sekolah..ok tipu ja..yang ceramah kak hanim..aku tolong buat kuiz untuk budak2 sk batu pekaka...tp nebes pretty ugly gak ooo..berhadapan dengan budak2 sekolah pegang mic(walaupun kaki karaoke) tanya soalan...cekgu2 dok usha..perghhh...aku terpaksa control ayu..hahahhahaha...


ok back to the setori...n the taitel(ok x aku eja camtu)hakhakhak...ciri2 bagi seorang suami yang baik (untuk aku  la tu..malu3) adalah




1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

sejuknya hati aku kalo dapat macam ni...tp aku selalu pegang satu perkara.."lelaki baik selalunya akan mendapat wanita yang baik2 juga"..hem..aku kategori mana erk...hahahahahha..
kredit untuk akuislam.com yang mempunyai pelbagai nasihat dan pandangan yang bagus...dan aku dapat berkongsi disini..
p/s:jika anda wanita..carilah suami yang mempunyai sifat2 tersebut dan jika anda lelaki , jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat2 berikut.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...