KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Saturday, August 21, 2010

Kalo sudah Jodoh

Entah kenapa malam ni..malam ker??silap2..sahur time..hehehe..ok back to title aku nak cita tentang kalo sudah jodoh (kalau kak aku tau aku nak cita pasai ni kompem dia suka marah sejarah hidop dia dikeluarkan..wah..sekali lagu Wanita plak kat radio..cam tau2 ja aku nak tulis ni..ekekeke..ok berbalik pada cerita..kakak aku ni bwu ja mendirikan rumahtangga pada bulan Mei yang lalu..kakak aku menamatkan zaman bujangnya pon di usia awal 30an..sebelum ni sume adik bradik ngtkan Beliau x kan berkahwin..tp Allah maha Berkuasa..

Dulu sebelum menjadi seowang 'misi' kakakku ni bekerja di sebuah kilang 'econ' di Aloq Staq..di kilang yang sama kakak ku lagi 2 owg pon keja kat situ gak...sowang adalah kembar beliau ini (maafkan patik sebab terlupa nak cita yang beliau adalah kembar) manakala kakak yang sowg lagi tu x kembar, tua setahun dari mereka-mereka ini. paham x? Kiranya aku ada 3 orang kakak di kilang tersebut la...ok..masa kat kilang ni kakak-kakak aku ni dah ada marka(ish3..gatainya depa) tapi beliau sahaja tidak mempunyai kekasih pujaan hati. Tapi tak mengapa,bg beliau cinta bukanlah segala-galanya..(selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerja..sekali cita p-ramlee la plak)tapi..jeng3...wah suspen ni..di kilang tersebut ada seorang jejaka yang meminati beliau.Tapi beliau tidak layan..cian mamat tu kan.mungkin tiada jodoh antara mereka.tidak mengapalah..

Tidak lama kemudian, ketiga-tiga kakak ku mendapat tawaran kerja iaitu menjadi misi(sekali 3 owang..sebab tu aku x mau jadi misi cam depa)maka berhentilah mereka dari kilang tersebut.kakak ku yang tua setahun dari kembar tu telah mengikatkan tali pertunangan dengan marka yang kerja kat kilang td tp dia pon x keja kilang tu dah..dia jadi bomba..manakala si kembar beliau(watak utama)still bercintan-cintun ngan markanya yang sudah bekerja sebagai technican telecom..tinggallah beliau cam aku cita tadi solo molo..

setelah menjalani latihan sebelum menjadi seorang misi yang membantu rakyat..keluargaku dikejutkan dengan pemergian kakak kembarku mengadap ilallahi tanpa diketahui penyakitnya..sesungguhnya permergian kakak ku itu memberikan tamparan yang hebat kepada keluargaku lebih-lebih lagi kepada beliau kerana mereka kembar segala masalah dikongsi bersama..sebelum kakak ku meninggal arwah telah clash dengan boyprendnya dan segala masalah dicurahkan kepada seorang jejaka 'F' ni.sorry aku terlupa nak cerita tadi hat ni..

ok bila kakakku meninggal..kembarnya tiada tempat nak mengadu sebab dia bukannya ada marka..masa ini lah jejaka 'F' berbaik-baik dengannya..tetapi hubungan mereka x lama..ish aku inagtkan dah bertemu jodoh..tapi nak buat macamana kan..mungkin kakakku takut sekiranya jejaka 'F' menyukainya disebabkan kakakku mempunyai iras yang sama dengan arwah(ya lah..nama pon kembar, apa daa kakak ni)mungkin mereka hanya boleh menjadi kawan sajakan.

lepas pada tu kakak ku yang berkahwin dengan ahli bomba tu telah merekomenkan kawan suaminya dengan bantuan suami tercinta kepada kakakku ini..mudah-mudahan inilah jodohnya..begitulah doa kami sekeluarga..ada la kuar date 2..3 kali tapi kakakku ini pun satu..men tarik..last2 pemuda tu tak larat nak tunggu dan hubungan mereka berakhir apabila pemuda itu berkahwin dengan perempuan lain(ohh rupa2nya ada simpanan yer patot la)dah ada anak 2 dah pemuda tu sekarang..kalo aku p umah kakak aku kat penang(kuarters bomba jumpa la)..hemm kakakku ni penakot sikit..dia bimbang sekiranya apabila dia berkahwin suaminya tak bagi dia menjaga mamaku(termasuk aku dan adiku sekali la tu..baikkan hatinya...sayang kakak..heheheh

maka tibalah waktunya apabila aku plak nak tolong kenen2kan kakakku dengan abg yang aku kenai.tp nama pon aku...hat nak nak bagi kenai tu pon serabut cam aku gak..so x jadik la..hahahahahahahaha harun sak=lim bachik btoi..last sekali kami sekeluarga dah malas nak pikir dah..andai ada jodoh kakak aku ni ada la..

satu hari time kakak aku dok tunngu lif kat Hospital Sultanah Bahiyah(time tu dia keja kat situ)dia ditegur oleh satu suara "eh..ni Queen kan"(dulu time kakak aku keja kat kilang econ tu kawan-kawan dia panggil dia Queen dengan alasan muka dia macam permaisuri siam..ada kena mengena ka..adeh) kakak aku pon x bapa nak cam siapa yang tegurnya tu.."Ni King ni..ingat lagi dak" nah aihh elok dah la queen jumpa ngn king..ekekekekeke..maka bermula lah sebuah ceritera

setelah hampir 2 tahun menyulam kasih sayang..ewah...kakakku telah mendirikan rumah tangga dengan "KING" yang dijumpanya di lif dan "King tersebut adalah jejaka yang meminati beliau semasa di kilang 'econ' dulu.Jejaka tersebut tetap menanti tanpa jemu.bila kakakku menolaknya dulu tiap kali bila dia bercinta hubungan tidak bertahan lama..memang dah jodoh depa kan.wahhhh..mesti semua x sangka kan..setelah 10 tahun berjumpa..dan telah jatuh cinta.seterusnya mendirikan rumah tangga (cerita ni kita selalu jumpa kat novel-novel ja)..dan mama ku lah insan yang paling gembira bila tengok anak daranya telah bertemu jodoh..dan pasni mesti mama dok penin pkirkan pasai aku plak..heheheh..mama rilex..cek muda lagi

to kakakku mimie dan abg iparku abg mat..semoga kalian bahagia sehingga akhir hayat..dan doa-doakan hubungan cek dan iwan pon akan sama cam kalian gak na(sebelum tu cita aku pon lebih kurang sama gak.,nanti ada masa aku tulis)

adios..
kalau sudah jodoh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...