Assalamualaikum
Jumaat 13hb aku berada di kampung..ya di Alor Setar..ngehngehngeh
pernah dengar orang tua-tua menegur bila kita buat sesuatu yang pada fikiran mereka adalah salah???
jom tengok
DEPA KATA ANAK DARA TIDAK BOLEH MAKAN KERAK NASI
KATANYA AKAN MENDAPAT PENYAKIT MALAS
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
KERAK NASI TU SEDAP, DEPA BIMBANG ANAK DARA TU MAKAN ABIS
DEPA KATA JANGAN MENYANYI KAT DAPUR
KATANYA NANTI KAHWIN DENGAN ORANG TUA
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAKOT MASAKKAN JADI HANGUS SEBAB TERLAMPAU FEELING MENYANYI
DEPA KATA JANGAN BUKA PAYUNG DALAM RUMAH
KATAYA KILAT AKAN MENYAMBAR
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
BILA PAYUNG KEMBANG, RUANG AKAN JADI SEMPIT DAN SUSAH NAK BERJALAN
DEPA KATA MALAM2 TAK BOELH BERSIUL
NANTI ULAR MASUK DALAM EUMAH
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
MALAMKAN WAKTU SUNYI TAK MAHU GANGGU JIRAN SEKELILING
DEPA KATA WAKTU MAKAN JANGAN PINDAH-PINDAH
NANTI AKAN KAHWIN BANYAK
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAK MAHU MAKANAN TUMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT
DEPA KATA SEBELUM TIDUR KENA BASUH KAKI
TAKOT NANTI AKAN MENGINGAU MALAM
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAK MAHU KAKI KOTOR BAWA KUMAN DAN KOTORKAN KATIL
DEPA KATA JANGAN DUDUK ATAS BANTAL
TAKOT PUNGGUNG JADI BISUL
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
BIMBANG BANTAL AKAN PECAH DAN KEKABU TERKELUAR
DEPA KATA BILA MAKAN PINGGAN JANGAN TATANG
TAKOT JADI HAMBA SUAMI
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
TAKOT PINGGAN PECAH KERANA TANGAN TAK BOLEH SEIMBANGKAN
DEPA KATA JANGAN POTONG KUKU WAKTU MALAM
KATANYA KUKU AKAN MATI DAN TAKKAN TUMBUH
TAPI BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
RISAU KULIT TERLUKA SEBAB WAKTU MALAM GELAP
KEPADA ORANG-ORANG TERDAHULU
NAMPAK AKU MACAM SUKA MEMBANTAH
BUKAN BEGITU SEBENARNYA BEGINI
AKU INGIN BETULKAN MINDA GENERASI SEKARANG
AKU TAHU KATA-KATA MU BERLANDAS TRADISI
TERSISIP SEBAB DAN MUNASABAB YANG UNIK
BUKAN NIAT NAK CABAR KESABARANMU
NAMUN SEGALA KATA-KATAMU KU AKUI ADA KEBENARAN TERSEMBUNYI
k bye
p/s: ada tak antara di atas pernah terjadi kat hampa :)
motif entri ni aku dah kena tegur la tu..hahahhhaah