KAKI BLOG TERHEBAT




Jaminan 200% Blog Yang Boleh Dilayari Semua Lapisan..Amaran!!!Setiap Yang Terkandung Disini Tiada Niat Untuk Menyinggung Sesiapa.... Kalo Suka Mari La Kita Berfolow-Molow..ekekekke


Friday, July 29, 2011

ALHAMDULLILLAH..AKU DIDUGA LAGI..AKU BERSYUKUR YA ALLAH KERANA AKU PILIHANMU

Assalamualaikum

alhamdullilah...aku sekali lagi diuji oleh Allah...tanggal 25 julai 2011..kereta aku hilang dari tempat aku parking..(depan umah bawah pokok)..

sebelum ini kereta aku memang menguji kesabaran aku..bermula dari awal april 2011 tayar kereta problem...21 april 2011 kena saman ngn polis..5 jun 2011 aku xcident kereta pecah depan n belakang.. 7 julai 2011 tangki kereta bocor.. 16 julai 2011 bumper depan pecah terlanggar tiang dan  25 julai kereta aku dicuri..

aku tidak akan mengeluh kepada Mu sesungguhnya semua yang terjadi telah Kau aturkan yang terbaik untuk diriku.. aku tahu Kau takkan menduga hambamu melebihi kemampuan seseorang itu. dan alhamdullillah aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk aku hadapi dugaan ini. aku tahu bila Allah memilih untuk mengujiku itu adalah untuk membuat aku bermuhasabah tentang diriku..tentang salah dan silapku..tentang kekhilafan aku.. sesungguhnya aku bukanlah sempurna.. masih ada cacat dan celanya. bukan semua orang dapat melalui dugaan ini.. tapi alhamdullilah..aku bersyukur kerana aku masih mempunyai akal yang waras, masih tahu mana halal dan haramnya..

apabila kereta aku hilang baru aku sedar ramai yang menyayangi diriku ini.. kawan-kawan pejabat yang bersusah payah membantu aku membuat laporan polis dan menenangkan ku..(kak fiza, adi, kak hanim, cik ad  dan yang lain-lain..terima kasih sangat2). family yang jauh di kampung terus datang untuk bersama-sama dengan aku..hahahahah..padahal aku tetap bekerja dan tidak bercuti.. kawan-kawan di fb yang terus menerus menolong aku dengan menyebarkan di wall masing2..yang tak putus msg dan memcari bomoh untuk aku.. sesungguhnya jasa ampa semua memang tidak dapat aku balasnya. tidak lupa kepada ENCIK GUMUK yang sentiasa ada memberi sokongan dan semangat untuk aku hadapi dugaan inii.

bila jadi perkara macam ini baru aku sedar. tak semua orang mempunyai nasib yang baik macam aku..dikelilingi oleh orang-orang yang baik-baik dan yang amat sayangkan aku.. buat apa miliki harta yang banyak kalau tidak disukai oleh orang. tidak ramai yang memiliki kawan-kawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain.. ramai yang kata kawan masa ketawa memang senang dicari dan ramai..tapi kawan untuk menangis hanya kita seorang diri.. sesungguhnya dengan tegas aku boleh berkata (bukan riak atau bongkak) tapi aku berani mengatakan bahawa aku memiliki kawan-kawan serta keluarga yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama-sama aku.. dan peribahasa lama itu bukan miliki ku.

untuk pencuri kereta ku..bertaubatlah..sampai bila ampa nak susahkan orang lain..jangan susahkan orang demi kepentingan ampa..takkan selamanya ampa leh kaya dengan buat kerja seperti tu..buat apa duet banyak kalau ampa hidop dalam ketakutan..tak baik tau..ish3...

sekiranya kereta itu rezeki aku..insyallah..dia akan kembali kepada ku..usaha-usaha dah..aku malas nak pikr yang membuat aku serabut..bagi yang heran napa aku kuat sangat dan tidak menangis dan meratap nasib..thah..aku pon heran napa aku mempunyai kekuatan yang begitu kuat macam ni..cuma bagi aku kalo aku menagis airmata darah sekali pon..kereta aku takkan terbang balik kepada aku..pencuri itu takkan keciankan aku..hahahah..idop perlu diteruskan kan ^_^

k bye

p/s:dok ngah pikir nak beli moto ni  ^_______^


Saturday, July 23, 2011

BULAN PUASA AKU MENCARI REZEKI

Assalamualaikum sume

pejam celik..pejam celik minggu depan nak puasa dah kan..besh3..baju raya dah siap 2 pasang.hahahahahh...sesitednya aku..kehkehkeh

ok memandangkan selepas puasa kita akan beraya aku macam tahun-tahun sebelum ini akan menjual kueh muih...keuntungan yang aku perolehi boleh la aku membeli beberapa jenis kueh yang lain untuk aku hidangkan di hari raya..ok kueh pertama yang aku juai

1. PINTAL BILIS



nampak tak ikan bilis yang dipintal dengan tepung..sedap dan rangup..kueh ini aku jual rm22 sekilo..murahkan...kueh kedua pulak adalah

2.KUIH SEPIT ATAU KUIH KAPIT


kuih ini kalau orang luar akan panggil kuih kapit tapi orang utagha akan panggil kuih sepit. hasil buatan tangan PUAN ZAITON atau lebih dikenali sebagai mama aku..heheheh..sapa lagi nak kembangkan bisnes melainkan anak beliau sendiri..aku la tu.. kuih ini dijual dengan harga rm4 sebungkus..kuih yang enak...lemak..serta lazat. nyum3..

mintak-mintaklah rezeki aku bertambah tahun ini..amin....

k bye

Tuesday, July 19, 2011

KIYOSHI SAKURA LELAKI TERCANTIK DAN CUN SERTA PALING CUTE DI DUNIA YANG PERNAH AKU TENGOK.. BUKAN TIPU TAPI ORI

Assalamualaikum

Lamanya aku membiarkan blog aku bersarang..terlampau bz..dengan nak pindah rumah lagi..
Ni aku nak cita tentang seorang makhluk yang terlampau cantik bagi seorang lelaki.. jeng3 
KIYOSHI SAKURA 



Eh tak nampak muka pulak..ok ni lagi jelas

CUN

mesti ampa heran pasai pa dia pakai baju popuan..ok dia adalah seorang cosplay..(psstt..menatang apa tu) di sini aku lampirkan biodatanya sekali

Biodatanya
Name: kiyoshi sakurazuka
Real Name :澈樱冢 = Che Ying Zhong (CMIIW)
Birthday : April 4, 1984
Height : 160cm
Weight : 40kg
Blood type : A
Constellation : Aries
Gender : Male
Birthplace : Hunan, China
Graduate : Beijing Institute of Technology






ok ini gambarnya dengan aweknya


AWEKNYA BERBAJU PUTEH TAU


fulamak..dia lagi comel dari awek dia kot..

himpunan gambar-gambarnya


BARU NAMPAK CAM HERO KOREA AKU SLALU SUKA TU

ADOI AWAT CUN SANGAT

BAJU COSPLAYNYA

ANTARA CUSTOM YANG DIPAKAI

GILA AIH PUTEHNYA

MACAM CITA GTO LA PULAK

CUTENYA KAMOO

SENYUMAN YANG MANIS



MAAF SENSET TAPI DADANYA LEPERKAN =_='

MACAM BARU BELAJAQ JA BRO

KAN AKU KATA DADANYA LEPER

NAMPAK AKSI JANTAN SIKIT


DAH MACAM LESBIAN LA PULAK AKU TENGOK



gila la mamat ni memang ketagori cun gila.kalo mak nyah kat luar tengok saheh makan hati..depa punya menghabiskan duet untuk bagi cantik mamat ni pulak selamba badak ja..hahahah...

p/s:cita ni dah lama tahun 2010 tapi aku baru tahu..cian kan aku ni. oh ya kalo kat malaysia lelaki yang cun adalah saiful si penyanyi tu
SAIFUL YANG BAJU OREN TU JANGAN TERTUKAR
PULAK.HAHAHHA


k, bye

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0- 9 JULAI 2011 -SIAPAKAH TUAH SEBENAR??? JEBAT PULA ???

Assalamualaikum

pergh..kemarin walaupun aku tak duduk kat KL tapi Aloq Staq pon terkena tempiasnya sekali. Semua orang sibuk duk bercerita pasai Perhimpunan ini ja. ok aku selitkan sekali video kemarin k



apa yang ampa nampak??? bagi aku, pak cik bomba tu stail la...hakhakhak dialoq tu ja yang dia guna..kehkehkeh....abg2 polis plak hanya menjalankan tugas mereka..(bai kalo ampa keja polis dapat arahan camtu ampa kena wat jugak la)

kerajaan??? napa x bagi ja apa yang depa nak?? kemahuan depa itu bukan pelik sangat. kot la nak bom negara malaysia kat tangan depa ka..apa ka??bai...kadang-kadang kita perlukan orang untuk memberitahu kelemahan kita. Nobody perfect.. terima sahaja kerana itu kebaikan untuk semua jugak.. melainkan memang ampa bersalah  ^_^

bersih?? ish awat la sampai nak kena wat perhimpunan ramai2 motif aku pon x tau... kalau dengan berhimpun beramai-ramai boleh selesaikan masalah tak apa la jugak.. kalo dalam berasak tu ada yang cirit birit dan terberak tengah jalan.. memang ampa pakat jijak sorang sikit la.

patriot??? time ni la ampa nak tunjuk hero pon...tak ada penyelesaian pon aku tengok..melainkan dapat baju free sebab aku tengok mat saleh pon pakai baju tu jugak

moral dari kejadian kemarin melalui pandangan mata aku, jangan jadi buah pencatur, yang mengikut sahaja apa yang pencatur letakkan kita kat mana-mana..cuba berfikir buruk dan baiknya sesuatu itu. Kerajaan hanya mempertahankan apa yang depa rasa betoi, Pembangkang juga mempertahankan pendirian mereka yang depa turut anggap betoi dan yang terpaksa menerima tempias adalah Rakyat biasa cam aku ni... nak p mana-mana susah..jalan jem dan roadblock merata ceruk.

kepada yang berlagak seperti tuah dan jebat, pikir-pikirkan lah....dalam sejarah hikayat lama, bukan watak ampa sahaja yang ada di dalam cerita itu. cuba berbincang secara elok...memang ampa akan glamer sepanjang zaman.. tapi apa faedah yang ampa dapat melainkan pembesar yang jahat yang beroleh keuntungan dan bertepuk tangan melihat saudara yang dahulu baik sekarang berhunus keris dan senjata (ceh ni kiasan sahaja tau)

p/s: 1: kalo ramai-ramai kemarin p solat jemaah beramai-ramai saheh masjid di kl tu penuhkan :) walaupun aku dengar laungan takbir kemarin
      2: kata perhimpunan bersih, tetapi jeritan reformasi yang kedengaran
      3: kemarin penjenayah boleh buat apa saja sebab abg2 polis bz
      4: paling syok dapat tahu kalo yang kena tangkap diletakkan kat satu tempat yang disediakan tempat      solat, ada pemeriksaan kesihatan serta diberi makan yang sedap
      5: cuba lain kali berarak menuju ke Putrajaya pulak ^_^

k bye

Monday, July 4, 2011

MAMATAPEN A.K.A MUHAMMAD SAMSUDIAN (SUARA MAMAT INI SEDAP)

Assalamualaikum...
 wah lama gila aku x update entri..erkk..lama ka??baru bapa hari ja la...kihkihkihkih
ok memandangkan aku sekarang berpuasa ganti..aku rasa aku dah turun 10 kg..percaya x???
ok aku tipu ja..heheheeh..mana nak turun..malam2 aku sahur dengan bege la..chicken chop la..nasi la..pastu tdo..makin mengembang ada la..

ok sudah..jangan dok pusing jauh sangat ayu ooi dari tajuk di atas.. ok maaf =_="

ehsan dari fb nya sendiri


aku hari ini nak cerita tentang seorang mamat ini iaitu MAMATAPEN A.K.A MUHAMMAD SAMSUDIAN. kenal x??? oo kenal...bagus...apa owh ada yang tak kenal. xpa..macam aku gak sebelum ini...

Budak mamat ni muda belia umpama bayi yang sedang membesar..(psttt..dia study kat obesi kot...aku ada obersiti ja..kehkehkehkeh..muatan lebih). Dia suka mengcover lagu-lagu yang ada dipasaran (sek bek suara dia sedap) eh jangan salah sangka dia bukan macam Teacher Shida tu..yang tu cover dengan gaya dan bibir mulot sahaja. x caya mai dengar dulu



BILA TERASA RINDU-aku sukakan lagu ini..tapi berdasarkan kegemaran beliau sendiri..mamat suka bila dia cover lagu ini


layan kan sora mamat ni..heheheh...tapi kalo dia terfeeling time nyanyi...muka dia bertukar...haaahahah..cam cita kegemaran aiman dan.. BERTUKARRRRR...



hahahah..part paling best dalam feeling2 sempat garu idong..kehkehkeh



dan jangan tidak tahu beliau juga boleh menyanyikan lagu dalam bahasa korea(walaupun aku langsung x paham..kahkahkahkah)



untuk mamat..teruskan usaha...cover2 juga...stdy jgn lupa(ok x pesanan aku ini..nmpak cam caring ja kan..hihihihi).. cuma satu ja pesanan kakak..eh kakak?? ya la bhai..aku dah tua kot..dia belia lagi... bila satu hari lagi dah pemes temes cam retis..jangan lupakan orang-orang bawahan...bawahan itu bukan la duduk di bawah tapi kawan-kawan serta family ya dik...sebab mamat ada sora yang sedap...ada bran...jom p karok la...hahahahahah...

k bye

owh sebelum lupa ampa leh add
1. fb dia kat cni (biaq ampa add cepat..nanti dia pemes ada page mmg payah nak pwend2 ngn dia dah)
2. belog dia plak kat cni (psttt..follower dia x banyak lagi..ampa x mau ka menjadi antara followernya yang   terawal sebelum mencecah ribu2)
3. dan kalo ada akaun youtube ampa leh cari koleksi2 dia kat cni

Saturday, July 2, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA WE CARE- TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA

Assalamualaikum..entri ke2 untuk bulan Julai 2011

tadi masa aku check notification cik GKSB ada invite aku tentang 1 event ni.. aku selalu gak kena invite tapi selalu kekangan masa yang x dak menjoinkan diri.. but tadi event yang dimaksudkan adalah bekenaan seorang teman yang mengidap kancer... 

disini aku dapat mengcopy sedikit entri dari cik GKSB



Berhubung ENTRY INI, insyallah group Kami Blogger Utagha akan berbincang bersama ahli group untuk ikhtiar sesuatu bagi membantu Puan Norma dan Keluarga.

Sebelum tu bagi sesiapa yang berkemampuan boleh lah membantu Norma dan kelurga seperti yang tertera pada banner berikut.







Puan Norma dan keluarga memerlukan bantuan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. Untuk kisah lanjut anda boleh ke blog Moon

Pada aku, di sini lah peranan blogger perlu dimainkan. Kita sama-sama lah hendak bersatu supaya menyebarkan berita ini supaya ada pihak-pihak yang berkenaan tahu dan amik tindakan untuk membantu Norma dan keluarga,

Peranan blogger sangat besar, dari hanya menulis cerita-cerita mengenai artis atau pon politik apa kata kita sama-sama sebarkan pasal berita ini untuk membantu Norma dan Keluarga.

Pada blogger yang mempunyai pengaruh di mana mempunyai followers beribu-ribu anda boleh gunakan kelebihan anda ini untuk membantu.

Tapi pada aku setiap blogger tak kira lah banyak mana pon followers anda, perlu memainkan peranan masing-masing.

Jadi, aku ingin mengajak ampa semua supaya dapat sebarkan bagi membantu meringankan beban Norma dan keluarga.

Blogger We Care



so tidak kira la sapa pon kita..sedikit follower ka(aku la tu) banyak ka..mari la kita bersama-sama membantu beliau..sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.. mungkin hanya dengan membuat entri yang x seberapa ini aku tidak dapat banyak membantu beliau..tapi aku berharap dengan entri ini dapat membuat seseorang yang murah hati membantu beliau..sapa tahu kan..insyallah....

aku beharap keluarga kak norma akan tabah menghadapi ujian ini..dan semoga kak norma akan sembuh seperti sedia kala...amin

macam yang moon bagitau..(petikan dari blog moon)

please note this dia org tak pernah sekali pun suruh ai buat nih ....sila jgn salah paham ..ini hanya la sumbangan ikhlas dr kowang tew ye . 




k bye
p/s:sharing is caring..

Friday, July 1, 2011

HARI INI SAYA PUASA GANTI DAN MEMBADAKKAN DIRI LAGI

Assalamualaikum..

alhamdullillah..hari ini aku berjaya lagi membayar posa ganti aku untuk hari ke3...ada lagi beberapa hari..padan muka..padahnya membayar posa last minit..(weh aku nak latih diri la...agar ramadhan ni aku dah biasa)...heheheh

so petang tadi time aku golek2 kat bilik bujang aku ni.ngah planing2 apa benda yang nak masak..so aku mengambil keputusan untuk ke FRESH MART Baling, cari bahan-bahan untuk aku masak.. walaupun namanya FRESH MART tapi barang-barang tidak la sefresh mana pon. 

maka aku membeli sebuku daging,(betoi ka ayat ni) niat di hati nak buat rendang..x sabar nak raya wei...pastu beli serai. dan tup2 aku terpandang sotong...yes balik satgi wat sotong goreng tepung..

maka, hasilnya untuk aku berbuka tadi

tamak, kalo x goreng sikitt pon jadi la sotong tu


tengok aku sorang ja makan..tapi penuh pinggan..mau aku x gemok???

p/s:mama cek dah pandai kan..leh kawen kan??? ^__________^

k bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...